Selasa, 09 November 2010

SYARAT-SYARAT WAJIB TAHARAH

  SYARAT-SYARAT WAJIB TAHARAH

Apabila badan atau pakaian ataupun tempat terkena najis, maka ia wajib dibersihkan kerana firman Allah S.W.T.:
Terjemahan: Dan pakaian engkau hendaklah engkau bersihkan. (Surah al-Muddaththir 74:4)
.
Demikian juga firman Allah S.W.T.:
Terjemahan: ... "Bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah dan Masjid al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, dan orang yang beri'tikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang yang ruku' dan sujud. (Surah al-Baqarah 2:125)
.
Jika pakaian dan tempat wajib dibersihkan, maka pembersihan tubuh badan adalah lebih utama, kerana ia lebih diutamakan kepada orang yang bersembahyang.
.Sesiapa yangwajib bersembahyang, maka wajib ia melakukan taharah. Kewajipan ini bergantung kepada 10 syarat berikut:
.
1. IslamAda pendapat yang mengatakan bahawa syarat pertama ialah sampai dakwah. Berdasarkan pendapat yang pertama, maka ia tidak wajib ke atas orang kafir, tetapi berdasarkan pendapat yang kedua orang kafir juga wajib melakukannya. Perbezaan pendapat ini berlaku akibat daripada perbezaan pendapat tentang prinsip Usul, iaitu sama ada orang kafir diperintah melakukan hukum-hukum cabang syariah atau tidak. Jumhur ulama' mengatakan bahawa orang kafir diperintah melakukan hukum-hukum cabang ibadah. Ini bermakna mereka akan dihukum di akhirat dengan hukuman tambahan selain hukuman meninggalkan keimanan kepada Allah.
.
Oleh sebab itu, mereka akan menghadapi dua hukuman, iaitu hukuman kerana tidak beriman dan juga hukuman kerana meninggalkan hukum-hukurn cabang agama. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa orang kafir tidak diperintahkan melakukan hukum-hukuin cabang syariat. Oleh itu, di akhirat nanti mereka hanya dikenakan satu hukuman, iaitu hukuman kerana meninggalkan keimanan. Jadi, perbezaan pendapat ini adalah mengenai hukuman di akhirat. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak ini bersependapat mengatakan bahawa pertikaian pendapat mereka tidak melahirkan kesan mengenai hukum-hukum dunia. Oleh itu, orang kafir selagi mereka kafir mereka tidak sah menunaikan ibadah, jika mereka menganut Islam, maka mereka tidak dituntut melakukan qada'. Berdasarkan ini, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan oleh seseorang yang kafir. Ini dipersetujui oleh seluruh ulama' (ijma).
.Jika seorang murtad kembali menganut Islam, maka dia tidak perlu mengqada' sembahyang-sembahyang yang ditinggalkannya semasa mur-tadnya, menurut pendapat Jumhur, tetapi menurut ulama' Syafi'i ia wajib melakukan qada'.
.
2. BerakalTaharah tidak diwajibkan ke atas orang gila dan orang pitam kecuali jika kedua-dua mereka siuman ketika waktu masih ada, tetapi orang mabuk tetap diwajibkan taharahnya.
.3. BalighTanda baligh (sampai umur) ada lima, iaitu mimpi, tumbuh bulu, datang haid, mengandung dan cukup umur 15 tahun. Ada pendapat mengatakan 17 tahun. Abu Hanifah mengatakan 18 tahun. Oleh sebab itu, tidak wajib taharah ke atas kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu telah sampai umur tujuh tahun hendaklah disuruh mereka melakukan taharah dan apa-bila umur mereka 10 tahun hendaklah dipukul jika enggan. Sekiranya seorang kanak-kanak sedang mendirikan sembahyang kemudian dia menjadi baligh dalam waktu yang masih ada atau dalam masa sembahyang itu, maka menurut ulama' Mazhab Maliki dia mesti mengulangi taharah dan sembahyangnya, tetapi menurut Imam Syafi’i kanak-kanak tersebut tidak diwajibkan taharah,
.
4. Berhenti Darah Haid dan Nifas.
5. Masuk Waktu.
6. Tidak Tidur.
7. Tidak Lupa.
8. Tidak DipaksaMenurut ijma’ ulama’, orang yang tertidur, orang yang terlupa dan orang yang dipaksa mesti mengqada’ sembahyang yang telah luput.
.9. Ada Air atau Debu Tanah yang SuciSekiranya kedua-duanya tidak ada, maka seseorang berkenaan itu mesti mendirikan sembahyang dan mengqada'nya setelah didapati air atau tanah. Ada pendapat mengatakan ia tidak perlu qada’ dan ada pula pendapat mengatakan ia tidak perlu sembahyang, tetapi wajib mengqada'nya. Perkara ini akan dibincangkan secara terperinci dalam perbincangan mengenai tayammum.
.
10. Berdaya Melakukan Taharah Setakat yang Boleh
.
Sumber: Wahbah al-Zuhaili (1994) FIQH & Perundangan Islam - Jilid I. [Penterjemah: Syed Ahmad Syed Hussain et al.] Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar